Header Ads

Kim Swee sah mohon jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya

Pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee mengesahkan menghantar permohonan mengisi jawatan ketua jurulatih kebangsaan.

Borang permohonan diserahkan kepada Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin di pejabatnya, semalam.

Katanya, kini segalanya terserah kepada Jawatankuasa Task Force diketuai Timbalan Presiden FAM, Datuk Mokhtar Ahmad.

“Saya serahkan permohonan untuk kekosongan jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan hari ini (semalam) ikut prosedur ditetapkan.

“Terpulanglah kepada FAM untuk membuat keputusan,” katanya.

Mengenai kecenderungan menghantar permohonan, Kim Swe menjelaskan ia adalah berdasarkan maklum balas positif pemain Harimau Malaya.

“Reaksi positif dan keyakinan dapat membimbing Harimau Malaya memperbaiki kedudukan antara faktor utama mengapa saya menghantar permohonan ini," katanya yang membimbing Harimau Malaya, menewaskan Timor Leste pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, baru-baru ini.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.