Header Ads

Mourinho tidak akan berundur kecuali dipecat

Jose Mourinho berkata beliau tidak akan sekali-kali berundur sebagai pengurus Chelsea dan kelab perlu memecatnya jika mereka tidak mahu beliau memimpin Chelsea lagi.

Mourinho menjelaskan perkara itu setelah juara Liga Premier itu tewas 3-1 terhadap Southampton pada Sabtu.

Kekalahan berkenaan adalah yang keempat mereka dalam lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.

"Saya mahu menjelaskan. Satu, saya tidak akan lari (dari tanggungjawab)," kata Mourinho.

"Kedua, jika kelab mahu memecat saya, mereka perlu memecat saya kerana saya tidak akan melarikan diri dari tanggungjawab saya atau pasukan saya."

Chelsea kini berada dalam kedudukan ke 16 carta liga, 10 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

"Untuk menjadi juara kali ini amat sukar kerana jarak jumlah mata yang cukup besar," kata Mourinho kepada Sky Sports.

"Tapi saya lebih dari yakin bahawa kami akan berjaya mencapai kedudukan keempat terbaik, dan suatu ketika dalam satu musim prestasi anda amat buruk, jika anda berjaya mencapai kedudukan keempat terbaik, maka ia adalah OK," kata Mourinho.

"Ketiga; dan saya fikir ini bahkan lebih penting daripada yang pertama dan yang kedua, ia merupakan tempoh yang penting dalam sejarah buat kelab ini.

Anda tahu kenapa? Kerana jika mereka memecat saya, maka mereka akan memecat pengurus terbaik yang kelab ini pernah miliki, "jelas Mourinho.
Dikuasakan oleh Blogger.