Header Ads

Pengarah Air France diperlaku separuh bogel oleh stafnya

Tunjuk perasaan yang dilakukan kakitangan syarikat penerbangan Air France menjadi kecoh apabila kira-kira 100 orang pekerja cuba bergerak ke bangunan mesyuarat dan menyerang pengurus-pengurus kanan yang sedang bermesyuarat bagi memutuskan nasib kakitangan mereka.

Menurut laporan media, salah seorang eksekutif syarikat berkenaan telah diserang penunjuk perasaan sehingga terkoyak bajunya dan menyebabkan bahagian dadanya kelihatan.

Menurut jurucakap syarikat, mereka akan membuat laporan jenayah di atas perbuatan kakitangannya itu yang menyebabkan tercetusnya insiden di salah satu pejabat pusat Air France berhampiran Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris.

Beberapa gambar turut menunjukkan salah seorang pengarah Air France, Pierre Plissonnier yang berbaju koyak-koyak cuba memanjat pagar bagi menghindari daripada penunjuk perasaan yang kecewa dengan rancangan untuk memecat mereka.

Gambar lain menunjukkan Xavier Broseta, wakil bahagian Sumber Manusia, kehilangan baju sehingga kelihatan separuh bogel akibat bajunya yang hilang selepas ditarik penunjuk perasaan.

"Saya terkejut sekaligus kecewa atas serangan terhadap kami. Ini bukan kelaziman kakitangan syarikat," kata Xavier Broseta dalam kenyataan kepada media seperti dipetik The Guardian, hari ini.
Dikuasakan oleh Blogger.