Header Ads

Pengaruh DS Hadi perbaiki persepsi dunia terhadap Malaysia

PERBAIKI PERSEPSI DUNIA KEPADA MALAYSIA MELALUI PENGARUH DATO' SERI HAJI HADI

Rakyat Malaysia tidak lagi perlu melayan tohmahan buruk yang cuba memberi persepsi negatif kepada Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang kerana ia hanya menyerlahkan kejahilan tentang realiti penerimaan masyarakat dunia terhadap terhadap tokoh ini yang pada tahun ini tersenarai dalam kalangan 500 individu muslim yang paling berpengaruh di dunia.

500 individu di dunia ini dikelompokkan kepada lebih 11 kategori berbeza pula termasuklah kategori seni, perniagaan, ilmiah, politik dan lain lain.

Senarai ini mula diperkenalkan pada tahun 2009.

Setakat ini tokoh yang berkait kepimpinan, negarawan , politik dari Malaysia yang pernah dimasukkan dalam senarai 500 orang ini tidak ramai antaranya YDP Agong Sultan Abd Halim, Tun Mahathir dan kini Dato' Seri Hj Abd Hadi Awang Presiden PAS.

Hj Ahmad Amzad
Nyata sekali orang orang Islam khususnya di Malaysia perlu menggunakan kesempatan terbaik penerimaan dan penghormatan dunia Islam terhadap kepimpinan Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi ini sebagai dorongan untuk melakukan perubahan yang amat diperlukan ketika ini di dalam lanskap politik negara.

Malaysia yang mengangkat pemimpin yang berpengaruh dalam dunia seperti Dato' Seri Abdul Hadi mempunyai peluang yang lebih baik untuk memperbaiki persepsi dunia yang merudum terhadap Malaysia dengan pendekatan beliau yang mempromosikan Islam sebagai asas penting pembinaan negara yang menawarkan kesejahteraan hidup dan bernegara kepada rakyat pelbagai kaum dan agama.

Usaha usaha beliau menegaskan sikap Islam yang menentang fahaman perkauman yang rasis dan chauvinis serta usaha beliau menjalin hubungan baik di kalangan pemimpin pemimpin agama termasuk Budha, Hindu dan Kristian menggambarkan sifat keterbukaan dan toleransi beliau.

Kecenderungan beliau terhadap pembangunan, kemakmuran, urustadbir yang bersih dan cekap dan hubungan rapat dengan pelbagai badan pemikir profesional yang memberi input secara berterusan kepada beliau membolehkan beliau mencerna setiap aspek isu membabitkan kepentingan rakyat dan negara dengan baik.

Ini penting ketika suasana politik Malaysia menjadi sangat tidak sihat dan meresahkan rakyat bila UMNO cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu isu besar skandal kewangan, salahguna kuasa, rasuah dan kegagalan urustadbir dengan meningkatkan sentimen perkauman.

UMNO sudah terlalu lama diberi kuasa dan telah jelas karakternya yang korup dan merosakkan negara.

PAS kelihatannya menjadi satu satunya parti politik yang jelas transformasi pengukuhannya dinilai dari fokus perjuangan yang sangat jelas, ketegasan dalam prinsip dan mobilisasi jentera yang sangat meluas di seluruh negara di peringkat akar umbi.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
5hb Oktober 2015.
Dikuasakan oleh Blogger.