Pengasas SnapChat pemuda 25 tahun bilionair termuda dunia
![]() |
Pengasas bersama SnapChat, Evan Spiegel (kiri) dan Bobby Murphy. |
Spiegel dan Murphy adalah antara 25 muka baru yang telah tersenarai.
Spiegel, yang tinggal di Los Angeles, adalah bilionair termuda di dunia dengan kedudukan 327 dalam senarai terkaya Forbes dengan kekayaan $ 2.1 bilion (RM9.2 bilion). Murphy, yang tinggal di Venice, Calif, berada di tempat 375 dengan kekayaan $ 1.8 bilion (RM7.9 bilion). Mereka berdua mencipta aplikasi percuma itu setelah bertemu di Universiti Stanford.
Kini aplikasi SnapChat itu dianggarkan bernilai $ 16 bilion (RM70.4 bilion) oleh para pelabur. Snapchat, yang sebelum ini dikenali sebagai Picaboo, telah berkembang dengan baik sejak dilancarkan pada Julai 2011.
Bill Gates tetap di atas
Pengasas Microsoft, Bill Gates masih mengekalkan tempat teratas senarai 400 bilionair Forbes selama 22 tahun berturut-turut. Gates, yang meletak jawatan sebagai pengerusi pada tahun lepas, mempunyai kekayaan bernilai $ 76 bilion (RM334.1 bilion), hanya 13% daripada nilaian pegangan sahamnya di dalam Microsoft.
Zuckerberg anak muda berjaya
Juga dalam bidang teknologi, siapa yang tidak kenal Mark Zuckerberg. Pencipta laman rangkaian sosial terbesar dunia ini juga pernah menjadi anak muda terkaya sebelum umurnya mencapai 31 tahun.
Zuckerberg termasuk anak muda yang berjaya kerana mencipta aplikasi Facebook dengan pengguna mencapai berbilion akaun seluruh dunia.
Zuckerberg, CEO Facebook, adalah pendatang baru dalam senarai 10 terkaya. Beliau menduduki tempat ketujuh dengan mempunyai nilai kekayaan bersih $ 40.3 bilion (RM177.2 bilion).
SnapChat tolak tawaran Facebook
Sebelum itu, Snapchat pernah menolak tawaran $ 3 bilion (RM13.2 bilion) daripada Facebook bagi membeli aplikasi khidmat kiriman mesej mereka dengan alasan beliau peroleh wang lebih banyak jika mengekalkan aplikasi itu bersama mereka.
"Kini saya percaya bahawa cara terpantas mengetahui apakah yang kita lakukan merupakan sesuatu yang benar-benar penting apabila terdapat seseorang akan menawarkan banyak wang bagi perkara itu," jelas Spiegel.
Post a Comment