Header Ads

Presiden FIFA Sepp Blatter tidak mahu letak jawatan

Presiden FIFA Sepp Blatter tidak akan melepaskan jawatannya walaupun penaja utama badan bola sepak dunia, Coca-Cola, Visa, Budweiser dan McDonald meminta beliau supaya segera melepas jawatannya.

Keempat-empat penaja berkenaan masing-masing mengeluarkan kenyataan supaya Blatter perlu berhenti apabila Peguam Switzerland memulakan siasatan terhadap dirinya.

Coca-Cola yang pertama mengeluarkan kenyataan, "Setiap hari imej dan reputasi FIFA terus suram."

McDonald berkata pemergian Blatter akan menjadi "yang terbaik bagi kepentingan permainan (bola sepak)".

Peguam Switzerland mendakwa Blatter, 79 tahun, telah menandatangani satu kontrak yang "yang tidak menyenangkan bagi FIFA" dan memberikan bayaran "mencurigakan" kepada Presiden Uefa Michel Platini, namun beliau menafikan telah melakukan kesalahan.

Beliau berkata pembayaran sebanyak £ 1.3 juta dari FIFA kepada Platini, merupakan "pampasan yang sah dan tidak ada (kepentingan) lain".

Platini mengatakan beliau menerima bayaran atas pekerjaannya sebagai penasihat teknikal kepada Blatter antara tahun 1999 dan 2002 dan telah menulis surat yang menyebutkan dirinya tidak bersalah kepada anggota Uefa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kuasa vetonya pada Jumaat lepas, Blatter berkata pengunduran dirinya "bukan yang terbaik bagi kepentingan FIFA, ataupun proses reformasi dalam badan organisasi itu".

Induk syarikat Budweiser, AB InBev, berkata, mengambil kira kedudukan Blatter "akan menjadi satu halangan kepada proses reformasi", sementara Visa berkata pengunduran diri Blatter akan menjadi "yang terbaik untuk kepentingan FIFA dan sukan (bola sepak)."

Presiden Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris, Greg Dyke menyifatkan perkembangan pada itu sebagai "pengubah permainan".

Beliau menambah, "Tiada masalah apa yang dikatakan Blatter itu (tiada pengunduran). Jika orang yang memberikan dana kepada FIFA mahu satu perubahan (dalam FIFA), mereka akan mendapatkannya. Ini merupakan berita baik bagi kita yang inginkan perubahan akar umbi."
Dikuasakan oleh Blogger.