Header Ads

Rodgers kena pecat

Liverpool memecat pengurus kelab itu, Brendan Rodgers selepas tiga tahun setengah mengendalikan The Reds.

"Kelab bola sepak Liverpool mengumumkan Brendan Rodgers akan melepaskan jawatannya dengan serta merta selepas kontraknya tamat. Proses melantik pengurus baharu sedang dijalankan," memetik kenyataan di laman web kelab itu.

Rodgers dipecat selepas perlawanan menentang Everton yang menyaksikan Liverpool seri 1-1 dan menjadikan pasukan itu berada di tangga ke 10 Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, memetik BBC keputusan pemecatan dilakukan sebelum perlawanan.

Menurut kenyataan itu lagi: "Walaupun ia merupakan satu keputusan yang sukar, kami percaya ia akan memberikan peluang untuk kejayaan di atas padang."

Sementara itu, dalam kenyataan bersama pemilik Kumpulan Fenway Sports, John Henry, pengerusi Tom Werner dan presiden kelab, Mike Gordon mengucapkan terima kasih kepada Rodgers atas sumbangan signifikan kepada kelab dan merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerja juatnya.


Liverpool hanya memenangi empat daripada 11 perlawanan dalam kejohanan musim ini.

Rodgers mengambil alih The Reds pada Jun 2012 dan pernah membawa Liverpool ke tempat kedua dalam Liga Perdana Inggeris 2013-2014.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.