Header Ads

Toyota Innova 'All New' 2016 dengan spesifikasi baharu mula tertiris?

Pengeluar kereta Jepun, Toyota dilaporkan akan melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova 2016 'All New' menjelang akhir tahun ini.

[ads-post]"Pelancaran akan dilakukan akhir November, atau paling lewat awal Disember 2015," kata sumber seperti yang dipetik dari Viva.

Harga Toyota Innova 'All New' dilaporkan lebih mahal dari model sebelum ini, kerana ia akan dihadiri dengan pelbagai ciri-ciri terbaharu yang tiada pada Innova edisi sekarang.

Menurut sumber, model baru berkenaan akan berada di pasaran pada awal tahun hadapan, dijangka Januari 2016 selain turut akan dilancarkan model Fortuner dan Hilux baharu pada tahun yang sama.

Ciri-ciri keselamatan

Menurut sumber yang terbocor, Innova 'All New' ini bakal dilengkapi 3 airbag untuk varian paling rendah dan 7 airbag untuk varian tertinggi.

Selain itu, beberapa spesifikasi baharu yang bakal diperkenalkan pada Innova 'All New' ini, antaranya akan dilengkapi dengan brek Anti-lock Braking System (ABS) + EBD, kerusi ISOFIX, seatbelt 3 titik di semua kerusi, smart key, butang start / stop engine, immobilizer dan Vehicle Stability Control (VSC). Ciri VSC, mungkin hanya untuk varian termahal sahaja.

Aksesori

Innova 'All New' bakal dilengkapi dengan cool box pada laci penyimpanannya, headlamp LED, AC digital, tilt & telescopic steering dan driving mode selector (antara Eco dan Power).

Varian yang akan memasuki pasaran adalah G, V dan varian paling mahal, Q. Kesemua varian dikatakan mempunyai pilihan transmisi manual dan automatik, sementara varian E dan J dari keluaran lepas tidak lagi akan dikeluarkan.

Apa yang menarik ialah untuk varian 'Q', iaitu kerusi barisan kedua akan dipasang dengan captain seat, iaitu kerusi yang berasingan, tidak bagi varian yyang lain, di mana kerusi akan menyambung seperti keluaran sebelum ini.

Jentera enjin

Enjin yang dipasang pada model terbaharu ini ialah 2,000 cc (petrol) dan 2,400 cc (diesel), bagi semua varian. Enjin petrolnya dilaporkan berkode 1TR Dual VVT-i yang turut digunakan pada Hilux, dengan peningkatan kuasa daripada 136 hp kepada 138 hp.

Enjin diesel 2,400 cc pula, dilaporkan berkemungkinan besar ia dilengkapi dengan enjin baru berkode GD yang berkuasa 148 hp dan tork 400 Nm.
Dikuasakan oleh Blogger.