Header Ads

Undi tidak percaya: DAP ugut PKR tarik balik atau DAP tidak sokong

Gara-gara usul undi tidak percaya Ahli Parlimen PKR terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sidang pertama parlimen semalam, Pakatan Harapan (DAP, PKR & PAN) kini bergaduh sesama sendiri.

Dalam sidang berkenaan, Ahli Parlimen (PKR) Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas alasan penerimaan 'wang derma' berjumlah RM2.6 bilion.

Namun sekutu PKR bertindak sebaliknya apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Hee Loy Sian menarik balik usul berkenaan.

Menurut Guan Eng, usul berkenaan sepatutnya dibentangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Jika kita mahu singkirkan Perdana Menteri, ia tidak seharusnya dibuat oleh Ahli Parlimen biasa, sama juga yang berlaku di luar negara.

"Ini bukan permainan seperti main guli," kata Guan Eng yang dipetik dari Malaysia kini.

Walau bagaimanapun, MP Petaling Jaya Selatan itu menolak permintaan Guan Eng kerana pemimpin DAP itu bukan 'bos'nya.

Selain itu, Ahli Parlimen (PKR) Batu, Tian Chua juga turut mengenepikan permintaan Guan Eng supaya menarik balik usul terhadap Najib. Beliau mempertahan tindakan Hee Loy Sian kerana beranggapan MP PKR itu berhak untuk berbuat demikian.

"Tidak ada perkara seperti itu - kecuali jika kita tidak mahu perdana menteri meletak jawatan," kata Chua seperti dilaporkan Malaysia kini.

Jika usul berkenaan diteruskan, DAP dilaporkan akan menolak usul tidak percaya kepada Najib dan bertegas mereka tidak akan menyebelahi PKR dalam hal itu.

"Jika kamu mahu merendahkan kepentingan usul itu dengan main guli, silakan,’ kata Guan Eng sambil menambah mereka tidak menyokong usul berkenaan.
Dikuasakan oleh Blogger.