Header Ads

Al Fatihah...Raja Muda Kedah mangkat

Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Difahamkan, kemangkatan almarhum akibat sakit tua.

[ads-post]Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, jenazah almarhum akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit pada jam 1 petang.

“Jenazah almarhum akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi maksud penghormatan terakhir.

“Mulai jam 1.30 hingga 2.30 petang untuk orang ramai. Sementara 2.30 hingga 3.30 petang bagi orang kenamaan,” katanya kepada media di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Almarhum akan dimakamkan di Makam Di Raja Langgar pada jam 4.45 petang ini.

“Jenazah almarhum akan dibawa melalui jalan-jalan Lebuhraya Darul Aman, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Jalan Langgar dan terus ke Makam Di Raja Langgar.

“Bendera negeri, persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga hari mulai hari ini,” katanya.

Menurutnya, tempoh perkabungan perkabungan selama tujuh hari sehingga Sabtu ini.

“Sepanjang waktu itu semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya ucapkan takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Kedah atas kemangkatan Tunku Abdul Malik,” katanya

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.