Header Ads

AMK bidas Guan Eng, PKR bukan boneka DAP

Tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap lima Adun PKR memihak kepada Umno didakwa tidak berasas.

AMK Pulau Pinang dalam satu kenyataan mendakwa, Guan Eng sebagai ketua kerajaan negeri tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada Adun yang menyokong kepimpinan beliau sejak tahun 2008.

Kata kenyataan itu lagi, keputusan untuk tidak mengundi pada usul isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar itu tidak boleh dijadikan kayu ukuran untuk menuduh Adun PKR memihak kepada Umno.

Malah, katanya, Guan Eng sepatutnya menghormati pandangan berbeza yang dinyatakan oleh lima Adun itu.

“Mereka bukan semata - mata perlu menjadi boneka DAP walaupun Adun PKR adalah sebahagian daripada organisasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya mendesak Guan Eng menarik balik tuduhan yang dilemparkan serta memohon maaf atas tuduhan yang dibuat terhadap lima Adun PKR tersebut.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.