Header Ads

Bersukan boleh cegah migrain

Bagi anda yang kerap mengalami migrain, cubalah dengan melakukan rutin bersukan seperti berjalan, berjogging, larian, berbasikal, renang, marathon, dan berzumba. Satu kajian menunjukkan rutin aktif bersukan boleh cegah migrain.

Kajian dari Sweden, meminta pesakit migrain melakukan aktiviti berbasikal selama 40 minit dalam tiga kali seminggu dalam sebulan. Dan ternyata, risiko mereka alami migrain semakin berkurang.

Menurut kajian ini, rutin bersenam sebagai salah satu 'ubat' untuk cegah migrain. Sudah tentu, ianya tidak memberi sebarang kesan sampingan, lapor laman Men 's Health.

Menurut Director of the New York Headache Center di Manhattan, Alexander Mauskop ada beberapa teori yang menyebabkan perkara ini berlaku. Sukan yang mengeluarkan peluh dapat mengurangkan stress.

Kemudian, apabila bersenam menghasilkan hormon endorfin yang menghasilkan perasaan senang. Hal ini boleh bertindak sebagai ubat penghilang rasa sakit semulajadi.
Dikuasakan oleh Blogger.