Header Ads

Bukan ISIS tapi pesawat patah sebelum terhempas

Pesawat komersil Russia milik syarikat penerbangan Kogalym Avia dengan nombor penerbangan 7K9268 yang jatuh di Semenanjung Sinai, Mesir pada Sabtu lalu disyaki terlebih dahulu patah ketika masih berada di udara.

Perkara itu dinyatakan Viktor Sorochenko, seorang pegawai Jawatankuasa Penerbangan Antara Kerajaan Rusia selepas beliau menyemak lokasi kecelakaan di Semenanjung Sinai.

Namun begitu, seperti dipetik Business Insider, pada Ahad, beliau menambah bahawa terlalu awal untuk bercakap mengenai kesimpulan dari kecelakaan itu.

Sementara itu, siasatan mengenai punca kejatuhan pesawat Rusia di Sinai, Mesir yang menewaskan 224 orang terus dijalankan.

ISIS dakwa mereka tembak

Sinai merupakan lokasi kegiatan kumpulan ISIS dan mendakwa di media sosial bahawa mereka yang menembak jatuh pesawat KGL9268.

Namun, Perdana Menteri Mesir Sharif Ismail menafikan dakwaan yang menyatakan kumpulan militan ISIS bertanggung jawab ke atas kejatuhan pesawat milik syarikat penerbangan Kogalymavia itu. Beliau menyatakan masalah teknikal menjadi kemungkinan terbesar punca kecelakaan tersebut.

"Pakar sudah menyatakan bahawa perkara itu tidak mungkin terjadi kerana ketinggian pesawat ketika terbang," ujar beliau seperti dipetik BBC, pada Ahad lalu.

Sedangkan Menteri Pengangkutan Rusia Maksim Sokolov juga berkata pada pejabat berita Interfax bahawa laporan seperti itu tak boleh dianggap serius. "Belum ada bukti yang menunjukkan bahawa pesawat jadi sasaran," kata beliau.

Walaupun begitu, syarikat penerbangan Jerman Lufthansa akan mengelak daripada terbang di ruang udara semenanjung Sinai. "Sepanjang penyebab kemalangan hari ini belum diketahui," jelas syarikat penerbangan itu.

Syarikat Air France-KLM dan Emirates turut mengatakan bahawa mereka akan turut mengikuti langkah berkenaan.

Kementerian Penerbangan Awam Mesir menyatakan pesawat berada dalam ketinggian 9.450 meter ketika hilang.

Menurut pemerhati keselamatan, pesawat dalam ketinggian tersebut sudah berada di luar jangkauan roket 'Manpad' yang dimiliki kebanyakan militan di Sinai.
Dikuasakan oleh Blogger.