Header Ads

CEO Facebook Mark Zuckerberg rancang dua bulan cuti isteri bersalin

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg berkata beliau akan ambil cuti dua bulan apabila anak perempuan sulungnya dilahirkan nanti.

Kenyataan Zuckerberg menzahirkan kepada dunia sejauh mana eksekutif paling tersohor dunia itu ambil berat mengenai betapa pentingnya meluangkan masa dan menjaga urusan keluarga.

Firma teknologi terkenal lain di Silikon Valley turut mengikut jejak Facebook dengan memanjangkan tempoh cuti ibu bapa menyambut kelahiran.

Facebook, rangkaian media sosial terbesar dunia membenarkan pekerjanya di Amerika Syarikat untuk mengambil cuti berbayar hingga empat bulan untuk ibu bersalin atau bapa, yang mana ia boleh digunakan sekali atau sepanjang tahun awal anak mereka dilahirkan.

Zuckerberg mengumumkan perkara itu Julai lalu yang dia dan isteri, Priscilla Chan sedang menunggu kehadiran anak perempuan.

"Keputusan ini sangat peribadi," tulis Zuckerberg di laman Facebooknya bersama gambar kereta sorong bayi, bakul bayi berwarna kuning dan anjingnya, Beast.
Dikuasakan oleh Blogger.