Header Ads

DUN Perak: Nizar disambut dengan bunyi katak

Dewan Dewan Undangan Negeri Perak sedikit kecoh apabila ADUN Changkat Jering Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin diperli dengan bunyi 'suara katak' oleh beberapa anggota dewan selepas bekas ADUN PAS itu diumum speaker dewan sebagai 'pendatang baru' ahli dewan, kelmarin.

[ads-post]Permulaan dewan berjalan tenang namun bertukar kecoh yang mulanya berjalan tenang tiba-tiba bertukar kecoh hari ini apabila speaker dewan Datuk Seri SK Devamany memaklumkan bahawa terdapat empat parti pembangkang pada persidangan kali ini setelah ADUN Changkat Jering 'melompat' ke Parti Amanah Negara (Amanah) atau PAN.

Sebelum itu, parti pembangkang terdiri daripada tiga buah parti iaitu DAP, PKR dan PAS. Namun selepas krisis yang melanda PAS menyebabkan beberapa bekas pemimpin kecewa telah menyertai Parti Pekerja sebelum ditukar kepada Parti PAN.

Pengumuman speaker itu disambut dengan 'bunyi katak' oleh beberapa anggota dewan sebagai memerli tindakan Nizar yang diumpamakan sebagai 'katak' atas tindakan beliau ‘melompat’ parti.
Dikuasakan oleh Blogger.