Header Ads

Felda United singkir Johor DT

FELDA United mencipta kejutan menyingkirkan juara Piala AFC dan juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), sekaligus mara ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2015 menerusi agregat, 3-2, sebentar tadi.

Beraksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, The Fighters gah mengakhiri rekod kebal JDT di laman sendiri sejak 2013 melalui kemenangan, 2-1.

Perancang tengah Fighters, Zah Rahan muncul wira selepas meledakkan gol kedua pada minit ke-78, sekaligus memastikan langkah finalis Piala Malaysia musim lalu itu tersekat di hadapan penyokong sendiri.

Selain Felda, juara bertahan, Pahang menepati ramalan ke pusingan separuh akhir walaupun tewas, 2-0, ke atas Lions XII di Stadium Jalan Besar.

Pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan itu mara menerusi agregat, 4-3.

Sementara itu, juara Liga Perdana, Kedah mengisi slot ke separuh akhir selepas menundukkan PKNS di Stadium Selayang, melalui agregat, 4-2.

Selangor pula mengisi slot terakhir selepas menunjukkan jalan keluar kepada Serawak melalui agregat, 3-2, dalam aksi di Stadium Shah Alam.

Pusingan separuh akhir nanti menyaksikan Pahang bertemu Selangor manakala Kedah akan menentang Felda.


Keputusan lain-lain perlawanan

Lions XII [2] - [0] Pahang

(Pahang mara ke separuh akhir setelah menang dengan agregat 4-3)

Johor Darul Ta'zim [1] - [2] Felda United FC

(Felda United FC mara ke separuh akhir setelah menang dengan agregat 3-2)

Selangor PKNS FC [1] - [3] Kedah

(Kedah mara ke separuh akhir setelah menang dengan agregat 4-2)

Selangor [1] - [1] Sarawak

(Selangor mara ke separuh akhir setelah menang dengan agregat 3-2)
Dikuasakan oleh Blogger.