Header Ads

[Gambar] Turki tembak jatuh pesawat Sukhoi Rusia selepas amaran dikeluarkan

Turki mengesahkan bahawa mereka telah menembak jatuh sebuah jet pejuang Rusia pada Selasa selepas mendakwa pesawat berkenaan telah melanggar ruang udara Turki dan tidak mengendahkan beberapa kali amaran yang dikeluarkan.

Sambil ulasan awal dari Vladimir Putin berkata, Turki bertindak "menikam dari belakang".

NATO dikatakan mengadakan mesyuarat luar biasa di Brussels atas permintaan Turki yang merupakan salah satu negara anggota.

Turki mendakwa Rusia pesawat Sukhoi Su-24 itu ditembak jatuh oleh pesawat pejuang F-16 berhampiran sempadan Syria, namun pihak berkuasa Rusia mendakwa ia telah ditembak jatuh dari bawah.

Rusia turut menafikan pesawat mereka telah melepasi sempadan Syria menuju ke ruang udara Turki.

Jurucakap Putin berkata, menembak jatuh pesawat mereka adalah "insiden yang sangat serius", namun berkata, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan, lapor agensi berita Reuters.

Dmitry Peskov berkata: "Ia hanya mustahil untuk menyatakan sesuatu tanpa mempunyai maklumat penuh."

Menteri Pertahanan Rusia itu berkata: "Kami sedang menyiasat keadaan sebenar nahas jet Rusia itu.

Kementerian Pertahanan Rusia turut memberitahu bahawa kedua-dua juruterbang pesawat mereka itu terselamat.

"Juruterbang berjaya keluar dari jet (sebelum) jatuh, namun nasib mereka belum diketahui," jelas Kementerian Pertahanan Rusia yang dipetik dari RT News.

Sementara tayangan dari Anadolu Agency Turki menunjukkan dua juruterbang berjaya terjun menggunakan payung terjun dari pesawat berkenaan sebelum jatuh.

Salah seorang daripada mereka dilaporkan berada di tangan pasukan kumpulan pro-Turki di Syria, sementara seorang lagi masih lagi dalam usaha pencarian.

Perkembangan sebelum itu, Rusia telah berulang kali melakukan serangan udara ke atas Syria bertujuan membantu Presiden Bashar al-Assad menentang kumpulan penentang. Tindakan Rusia itu telah banyak menimbulkan kecaman dari banyak pihak termasuk Turki.
Dikuasakan oleh Blogger.