Header Ads

Guangzhou Evergrande juara AFC Champions League 2015

Juara Liga Super China, Guangzhou Evergrande dinobat juara AFC Champions League 2015 apabila menewaskan kelab dari UAE, Al Ahli 1-0 dalam pusingan kedua perlawanan akhir di Stadium Tianhe, Guangzhou pada Sabtu.

[ads-post]Kedua-dua pasukan seri 0-0 pada perlawanan akhir pusingan pertama mereka di Dubai pada 7 November lalu.

Perlawanan malam ini, Evergrande melalui penyerang bintangnya, Elkson dari Brazil menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-54 apabila beliau berjaya melepasi pemain pertahanan tengah dan melorongkan bola ke penjuru gawang lawan.

Guangzhou Evergrande pernah dinobatkan sebagai juara kejohanan pada tahun 2013 di bawah jurulatih legenda Itali, Marcello Lippi. Kini, mereka sekali lagi dinobat juara dibawah kendalian Luiz Felipe Scolari dari Brazil.

Bagi kelab Al Ahli pula, ini adalah buat pertama kali pasukan dari UAE itu berjaya mara ke perlawanan akhir AFC Champions League.
Dikuasakan oleh Blogger.