Header Ads

Guru bawa pulang wang tunai RM100,000 juara Pencetus Ummah 2015

TAHNIAH diucapkan kepada Syed Mohd. Bakri Syed Ishak, 33; yang dinobatkan juara Pencetus Ummah 2015 (PU 2015) musim ketiga dalam pertandingan akhir, dan berlangsung di Dewan Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), pada Jumaat, malam.

[ads-post]Dengan kemenangan itu, pemuda yang merupakan peserta dari Kuantan, Pahang dan juga seorang guru ini membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Sementara, naib juara dimenangi Taha Mohd. Omar, 28; manakala tempat ketiga dan keempat menjadi milik Abdul Zaid Abdul, 30; dan Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 25.

Bagi pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat, masing-masing menerima wang tunai RM10,000 serta trofi sumbangan Astro.

Pemenang dinilai berdasarkan peratusan markah sebanyak 70 peratus daripada juri dan markah selebihnya adalah daripada undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Juri yang terlibat adalah Datuk Ustaz Mohd. Kazim Elias, Habsah Omar (Abby Fana) dan juri jemputan terdiri daripada Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin serta penceramah bebas, Mohd. Farid Ravi Abdullah.
Dikuasakan oleh Blogger.