Header Ads

JDT lakar sejarah, juara Piala AFC 2015

Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah apabila berjaya menjadi pasukan pertama dari Asia Tenggara memenangi Piala AFC 2015, selepas menewaskan FC Istiklol 1-0, malam ini.

Leandro Velazquez muncul wira skuad Harimau Selatan apabila menjaringkan gol tunggal buat pasukan pada minit ke-22.

Meskipun permainan lebih banyak dikuasai oleh kelab dari Tajikistan, pasukan bimbingan Mario Gomez lebih tenang menyerap tekanan diberikan oleh pasukan lawan sepanjang 90 minit.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri gagal memberi kelebihan buat FC Istiklol untuk merangkul kejuaraan sekali gus terpaksa berputih mata melihat JDT membawa pulang Piala AFC buat kali pertama Malaysia.

JDT berjaya melangkah ke perlawanan akhir dengan layak secara automatik susulan penggantungan kelab dari Kuwait FA yang bersaing dalam Piala AFC.

Sebelum ini, skuad Harimau Selatan sudah mengharumkan nama Malaysia selepas layak ke Separuh Akhir dan perlawanan akhir dalam saingan berkenaan.-Sinar
Dikuasakan oleh Blogger.