Header Ads

Kapal terbang Rusia alami kegagalan teknikal sebelum terhempas

Pesawat milik syarikat penerbangan Rusia dengan nombor penerbangan 7K9268 berakhir di Hasna, Semenanjung Sinai. Serpihannya dijumpai di kawasan pergunungan terpencil di bahagian utara.

"Petugas penyelamat menyebut Airbus KGL-9268 hampir keseluruhannya hancur," demikian dilaporkan Telegraph, pada Sabtu.

Kedudukan kapal terbang yang jatuh itu berjaya ditemui oleh pasukan udara tentera Mesir.

"Pesawat tentera telah menemui serpihan pesawat ... di kawasan pergunungan. Sebanyak 45 ambulan telah diarahkan ke lokasi bagi memindahkan mereka yang meninggal dunia dan cedera," demikian pernyataan Kabinet Mesir.

Juru cakap Kementerian Luar Negeri Rusia Maria Zakharova dalam laman Facebooknya mendedahkan kakitangan Kedutaan Besar Rusia di Mesir sedang berusaha bagi menjelaskan keadaan sebenar yang menimpa salah satu pesawat komersil mereka.

Pesawat alami kegagalan teknikal

Pesawat hilang dari pantauan radar beberapa saat selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sharm el-Sheikh dalam perjalanan menuju St Petersburg pada ketinggian 31 ribu kaki.

Kemudian ada laporan menyebut, juruterbang pesawat nahas sempat melaporkan pada pihak pengendali lalu lintas udara (air traffic control) bahawa pesawatnya mengalami kegagalan teknikal dan meminta perubahan laluan.

Pesawat Airbus KGL-9268 nahas dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia, Kogalymavia.
Dikuasakan oleh Blogger.