Header Ads

Lenovo Vibe P1 dan Vibe P1m dengan kapasiti bateri tahan lama

Lenovo Malaysia baru sahaja melancarkan dua peranti pertengahan untuk pasaran Malaysia iaitu Lenovo Vibe P1m dan Lenovo Vibe P1. Untuk kedua-dua peranti ini sudah tentunya anda tidak akan memerlukan lagi PowerBank bagi sumber bekalan bateri tambahan. Ini kerana kedua-duanya hadir dengan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu sehingga 5000 mAh untuk model Lenovo Vibe P1 dan 4000 mAH untuk model Vibe P1m.
[ads-post]
Lenovo Vibe P1 memiliki spesifikasi yang lebih baik berbanding kembarnya P1m. Ia turut hadir dengn pengimbas cap jari untuk ciri keselamatan yang lebih baik. Didalamnya juga hadir dengan pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615, 32 GB memori dalaman, 3 GB RAM, Paparan sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD1080 P serta menyokong dual SIM dengan sambungan LTE.

Selain itu juga, Lenovo Vibe P1 hadir dengan 13 Megapixel kamera utama beserta 5 Megapixel untuk selfie. Kameranya juga membawakan Dual LED Flash untuk pencahayaan yang lebih baik serta Phase Detection Autofocus PDAF. Untuk harga Lenovo Vibe P1 di Malaysia, ia akan dijual pada harga RM1199. Peranti ini telah mula dijual dan boleh dibeli di Laman Lazada Malaysia.

Sekiranya Vibe P1 agak mahal untuk anda, mungkin Lenovo Vibe P1m agak sesuai bagi yang mencari Smatphone dengan harga sekitar RM600. Di Malaysia, Harga Lenovo Vibe P1m dijual pada harga RM649. Berita baik bagi yang berminat untuk membeli peranti ini, Lenovo dan Lazada Malaysia telah membuat promosi yang dijual dengan harga RM599 di laman Lazada.

Bagi Spesifikasi Lenovo Vibe P1m pula ia lebih mengfokuskan pada peranti pertengahan rendah dengan harga yang lebih murah. Ia hadir dengan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD 720P, Kamera 8 Megapixel, Pemproses Quad-Core 1.0 GHz, Memori dalaman 16 GB serta 2 GB RAM. Untuk maklumat lanjut lihat spesifikasi Lenovo Vibe P1m di bawah.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.