Header Ads

Muhyiddin, Shafie Apdal terselamat daripada dipecat?

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal 'terselamat' daripada dipecat oleh Lembaga Disiplin Umno, lapor Sinar Harian.

Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, beliau menafikan dakwaan Muhyiddin dan Mohd Shafie Apdal akan dikenakan tindakan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti, pada Selasa ini.

Tengku Adnan berkata, siasatan terhadap kedua-dua pemimpin itu oleh Lembaga Disiplin parti masih berjalan dan Umno tidak akan mengenakan tindakan termasuk memecat atau menggantung ahlinya sesuka hati, lapor sebuah portal.

“Mesyuarat berkenaan yang sepatutnya diadakan pada Jumaat ini diawalkan kepada Selasa kerana masa yang semakin suntuk sebelum Perhimpunan Agung Umno 2015 bulan depan dan diadakan di Parlimen bagi memudahkan ahli MT yang kebanyakannya ahli Parlimen,” katanya.

Dikuasakan oleh Blogger.