Header Ads

Pahang belasah Lions XII, JDT nyaris diaib FELDA

Hafiz Kamal (kiri) meraikan jaringanya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2015 di Stadium Darul Makmur, Kuantan. | foto Berita Harian
Kemenangan besar 4-1 berjaya dilakar penyandang juara Piala Malaysia, Pahang dengan membelasah Lions XII pada pertembungan suku akhir pertama, malam tadi ketika juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) sekadar seri di Selayang.

Beraksi di laman sendiri, Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang jelas tidak mahu mensia-siakan aksi di laman sendiri apabila meledak gol seawal minit ketujuh perlawanan menerusi Hafiz Kamal.

Bermula daripada sepakan percuma, sepakan yang diambil Hafiz tidak mampu dibawa keluar pemain Lions XII namun ia menjadi gol tunggal pada babak pertama sekalipun permainan tambah rancak.

Ketika Lions XII terdesak mencari gol penyamaan pada babak kedua perlawanan, mereka kemudian dikejutkan dengan jaringan kedua tuan rumah menerusi Matías Conti pada minit ke-55 sebelum Dickson Nwakaeme menambah derita pelawat dengan jaringan ketiga.

Lapan minit kemudian, Pahang semakin garang apabila meledak gol keempat menerusi R Gopinathan yang tidak mensia-siakan hantaran bijak Azamuddin Akil. Ketika perlawanan tampak seakan berakhir tanpa tambahan jaringan, Lions XII meledak gol sagu hati menerusi Safuwan Baharudin pada masa kecederaan.

Pada aksi Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, peluang FELDA United untuk melakar kemenangan ke atas juara Piala AFC 2015, JDT diragut pada masa kecederaan babak kedua permainan menerusi jaringan pemain gantian, Amirulhadi Zainal.

FELDA sebelum itu mendahului menerusi gol Thiago Augusto Fernandes seawal minit kelapan perlawanan.

Keputusan lain-lain perlawanan

Pahang [4] - [1] Lions XII

FELDA United [1] - [1] Johor DT

Sarawak [1] - [2] Selangor

Kedah [1] - [1] PKNS FC


sumber: Berita Harian
Dikuasakan oleh Blogger.