Header Ads

Parti Amanah ialah parti DAP

Parti Amanah Negara (PAN) sebenarnya adalah suara parti DAP yang mahukan kerusi-kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah ditandingi dan dimenangi oleh PAS.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, perkara itu terbukti melalui kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang mirip kenyataan PAN sebelum ini.

“Kedua-duanya (PAN dan DAP) berminat untuk bertanding di beberapa kerusi yang telah dimenangi oleh PAS dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Kita menghormati demokrasi dan kita akan mengekalkan kerusi kita yang kita tandingi dalam pilihan raya yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, kata, Mohd. Khairuddin, DAP dan PAN tidak sewajarnya menimbulkan soal PAS berundur atau memberi laluan kepada DAP dan PAN untuk bertanding di kawasan tertentu di Selangor.

“Biar rakyat yang tentukan parti mana pilihan mereka kelak,” katanya.

Mohd. Khairuddin turut mempersoalkan rasional DAP hendak bertanding di kerusi yang 70 peratus pengundinya merupakan kaum Melayu.

“PAS Selangor adalah tetap mempertahankan kerusi yang ada walau apapun keputusan yang bakal diterima kelak,” katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.