Header Ads

Pep Guardiola sertai Manchester City musim depan?

Guardiola (kanan) dilaporkan setuju ambil alih tugas jurulatih di Etihad. | foto Getty Images
Pengurus Bayern Munich, Pep Guardiola dikatakan sudah bersetuju untuk menyertai kelab Inggeris, Manchester City, musim depan, menurut laporan media di Sepanyol, hari ini.

[ads-post]Kontrak Guardiola bersama Bayern berakhir penghujung musim ini dan dia dijadualkan akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif kelab itu, Karl-Heinz Rummenigge bulan depan bagi menentukan nasibnya.

Menurut stesyen radio Sepanyol, Cadena COPE, bekas pengurus Barcelona itu begitupun sudah memutuskan untuk mengambil alih tugas jurulatih di Etihad.

"Guardiola sudah memutuskan untuk mengubah pandangannya," kata laporan itu.

"Dia menganggap masanya di Jerman akan berakhir pada 30 selepas tiga musim dan kerana itu, dia memutuskan untuk memenuhi hasratnya, untuk menjadi jurulatih di England."

Laporan itu turut mendakwa bos City ketika ini, Manuel Pellegrini dibenarkan untuk berpindah dari kelab itu.

Akhbar dari Barcelona, El Mundo Deportivo mendakwa bos Bayern itu sudah menandatangani pra-kontrak bersama City, semalam untuk mengambil alih kelab itu pada penghujung musim ini.

Ia berlaku kurang 24 selepas City dipalit satu lagi kekalahan dalam kempen Liga Juara-Juara di Turin.

Begitupun, akhbar England, Sportsmail diberitahu tiada sebarang perjanjian dipersetujui bersama pengurus berusia 44 tahun itu.

Difahamkan, perjanjian sudah pun berlaku beberapa hari lalu selepas Rummenigge membuat kenyataan mengejutkan pada satu majlis bersama penaja kelab itu membabitkan masa depan Guardiola.

"Tiada seorang pun tidak boleh digantikan. Pemain datang dan pergi, ia sama seperti jurulatih.

"Jurulatih datang dan pada satu tahap, dia juga pergi. Jika Guardiola meninggalkan kita, jurulatih hebat yang lain akan menggantikannya."

Bayern begitupun masih berhasrat untuk mengekalkan Guardiola namun kenyataan Rummenigge mencetus khabar angin mereka memerlukan pengendali baharu musim depan. - AGENSI

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.