Perlawanan Palestin vs Malaysia di stadium berkecuali
![]() |
Stadium Dora, Hebron di wilayah Tebing Barat |
Ia sepatutnya berlangsung di Stadium Dora, Hebron di wilayah Tebing Barat sebelum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Rabu bersetuju menerima permintaan Malaysia untuk buat perlawanan di luar Palestin.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika mengesahkannya berkata, pihak FIFA mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan permohonan rayuan Malaysia itu.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al-Khalifa dan badan induk dunia itu akhirnya bersetuju untuk memindahkan perlawanan di gelanggang berkecuali.
Lazimnya, perlawanan di Palestin diadakan di Stadium Antarabangsa Faisal Al-Husseini, Baitulmaqdis dan kali terakhir ia berlangsung pada 8 September lalu dengan pasukan UAE yang berkesudahan seri tanpa jaringan.
sumber
Post a Comment