Header Ads

Pesawat penumpang Rusia terhempas

Pesawat milik syarikat penerbangan Rusia, Kolavia, dengan nombor penerbangan 7K9268, dilaporkan terhempas di Sinai, Mesir. Kejadian tersebut telah disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri Mesir.

Dipetik dari BBC pada Sabtu, kapal terbang Airbus A-321 berkenaan baru sahaja berlepas dari bandar pelancongan di Laut Merah, Sharm el-Sheikh, menuju ke St Petersburg, Rusia.

Pejabat Perdana Menteri Mesir Sheriff Ismail kemudian mengeluarkan kenyataan mengenai keadaan kapal terbang Airbus A-321 yang membawa 224 orang itu, termasuk 17 kanak-kanak.

"Sebuah pesawat awam Rusia ... jatuh di tengah Sinai," demikian pernyataan tersebut seperti dipetik dari Telegraph pada Sabtu.

Terdahulu, pesawat berkenaan dilaporkan telah hilang hubungan di ruang udara Cyprus.

Namun beberapa media melaporkan pesawat berada dalam keadaan selamat dan telah pun menghubungi pengawal lalu lintas udara Turki.

Pengawal lalu lintas udara Mesir telah mengesahkan mereka terputus hubungan dengan pesawat berkenaan yang baru sahaja berlepas dari Sharm El-Sheikh.

Seperti dipetik dari Egyptian Streets, Perdana Menteri Mesir Sherif Ismail membatalkan programnya ke Ismailiya setelah mendapat berita kemalangan tersebut.

Mesir juga akan membuat emergency room bagi mengatur operasi pencarian dan menyelamat (SAR).

Dari pemerhatian radar didapati kelajuan pesawat KGL9268 itu tiba-tiba menurun menjadi 62 knots (115 km / jam), padahal beberapa minit sebelumnya ia melaju pada kelajuan 400 km /jam.
Dikuasakan oleh Blogger.