Header Ads

Politik Chauvinis DAP yang rakus akan ditolak rakyat

Kita berharap orang orang Islam celik mata. DAP hanya mempergunakan orang Islam untuk tujuan politik mereka.

Mereka kata mahu ke Putrajaya. Benarkah?

Hakikatnya mereka cuma pentingkan bilangan kerusi yang mereka berkuasa dan membuat sasaran negeri negeri yang boleh mereka berkuasa agar menurut kehendak mereka.

Selain kerusi mereka, atau kerusi pihak yang taat pada mereka, mereka tidak kisah jika UMNO atau BN yang menang asalkan apapun pakatan politik, mereka yang paling banyak kerusi dan berkuasa.

Jika ada negeri yang berjaya tewaskan BN. Kena DAP yang berkuasa dan boleh tentukan itu ini, begitu dan begini. Parti komponen kena ikut kehendak mereka.

Chauvinisme dikalangan pemimpin tertinggi DAP ini hanya akan merosakkan perpaduan rakyat dan menimbulkan keresahan dan curiga tentang cita cita sebenar mereka.

Sudah banyak dikalangan kaum Cina yang mula berfikir kembali adakah sikap begini baik dalam jangka panjang untuk Malaysia.

Adakah politik ala kiasu ini boleh menjaga kepentingan dan kemakmuran kaum Cina dan India untuk jangkapanjang bila jurang prasangka semakin melebar? Untuk perniagaan ini tidak bagus. Hubungan seharian sesama rakyat Malaysia yang majmuk pun tidak bagus.

Apa apa pun gagasan politik alternatif untuk menggantikan Barisan Nasional perlu mendapat dokongan peratus yang besar dari kelompok pengundi melayu yang majoriti bilangannya. Barulah kerajaan yang terbentuk adalah stabil dan mampu bertahan lama.

Kerajaan yang terbentuk dengan dokongan massa. Dokongan rakyat yang padu. Bukan terbentuk hasil daripada strategi muslihat pecah perintah dengan memecahkan undi orang melayu. Kerana sebaik sahaja orang melayu bangkit dan sedar permainan ini, kuasa yang dipegang mereka akan pasti untuk sekejap sahaja.

Dalam negara ini pertarungan untuk undi orang melayu cuma antara dua parti sahaja. UMNO atau PAS.

Jika DAP terlalu bersungguh dengan dokongannya kepada PAN, orang melayu dengan segera dapat membaca bahawa dengan memecahkan undi orang Melayu, DAP sebenarnya mahu menggagalkan kemaraan PAS agar bilangan kerusi mereka yang paling besar.

Tidak boleh bilangan kerusi PAS lebih besar dari bilangan kerusi milik DAP.

Cubalah secara jujur renung dan fikir logiknya. Jika PAS tidak menang adakah PAN yang akan menang jika berlaku tiga penjuru dengan UMNO? DAP pun tahu tidak mungkin. Maknanya DAP mahu UMNO yang menang.

Yang sedang cedera dengan politik rakus, gopoh dan gelojoh DAP ini bukan sahaja PAS, tetapi PKR juga yang sejak asal penubuhannya dibantu dan digerakkan oleh PAS.

PAS yang baru beberapa bulan yang lalu (Jun 2015) bermuktamar dan membuat keputusan penting memutuskan hubungan politik dengan DAP demi masa depan perjuangan Islam untuk mensejahterakan Malaysia yang majmuk, telah berjaya memulihkan keyakinan masyarakat bila tidak lagi dilihat keterlaluan dalam memberi muka kepada DAP.

Kini PKR pula berdepan realiti ini. PAS yang masih menghargai tahaluf siyasi dengan PKR berharap pelajaran penting ini dilalui oleh PKR dengan baik demi harapan rakyat.

Mereka boleh mencongak di atas kertas. Tetapi Allah Maha Berkuasa mengatasi segala perancangan.

Seperti disebut Pengarah Jabatan Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Zuhdi Marzuki, PAS sudah mula menggerakkan kalangan profesionalnya yang begitu ramai yang telah melalui sistem pendidikan dan tarbiyah pelbagai peringkat yang terbina begitu lama sejak 30 tahun dalam PAS untuk berperanan penting sebagai persediaan memikul tanggungjawab besar di masa akan datang setelah sebelum ini memberi laluan untuk 'rakan' baru mengisi kebanyakan kuota profesional ketika era reformasi.

Bukan sedikit kalangan mereka sudahpun berada pada kedudukan strategik di jawatan jawatan yang penting di dalam organisasi kerajaan mahupun swasta.

Ada pula yang cetek pemikiran terus melulu menuduh UG bila ada ahli PAS memegang jawatan penting dalam kerajaan.

Tidakkah mereka tahu berapa ramai dikalangan pegawai tinggi kerajaan kini bersama dengan PAS. Berapa banyak program yang dilaksanakan oleh kerajaan datang dari pemikiran teknokrat PAS yang berada dalam kerajaan?

HJ. AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
Dikuasakan oleh Blogger.