Header Ads

RM2.1 bilion: Bajet defisit Terengganu 2016

Sebanyak RM2.103 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2016 negeri Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bajet defisit yang bertemakan "Menjayakan Transformasi Mensejahterakan Rakyat" itu berkurangan berbanding RM2.4 bilion pada tahun lalu.
[ads-post]
Katanya, pengurangan itu berikutan kesan langsung penyusutan ekonomi global, yang memberi kesan kepada hasil kerajaan negeri.

"Daripada RM2.103 bilion itu, sejumlah RM1.139 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan dan RM8.8 juta untuk Kumpulan Wang Bekalan Air.

"Bajet itu adalah satu lagi ikhtiar kerajaan negeri ke arah menzahirkan potensi negeri dan rakyat Terengganu.

"Anggaran hasil yang diperoleh kerajaan pada 2016 adalah sebanyak RM2.02 bilion berbanding RM2.4 bilion pada 2015 iaitupengurangan sebanyak RM15.33 peratus atau RM380 juta.

"Kerajaan negeri akan memastikan rakyat terus menikmati kehidupan dalam sebuah negeri yang subur lagi makmur serta aman dan tenteram," katanya dalam ucapan ketika membentangkan Bajet 2016 bagi negeri Terengganu pada Persidangan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Dikuasakan oleh Blogger.