Header Ads

Sembangchat aplikasi bual interaktif pertama Malaysia

Sembang Komunikasi Sdn. Bhd menawarkan aplikasi SembangChat iaitu sebuah aplikasi bual interaktif pertama di Malaysia dengan kerjasama Teknik Padu Sdn Bhd.

Pengasas SembangChat juga Ketua Pegawai Operasi Sembang Komunikasi Mohd Hafizi Radzi berkata SembangChat adalah aplikasi mesej percuma yang dibangunkan untuk platform IOS dan juga Android.

"Aplikasi SembangChat boleh dimuat turun mulai Ogos 2015 bagi peranti IOS dan Jun 2015 bagi peranti Android," katanya.

Pengasas bersama juga Ketua Pegawai Teknikal Sembang Komunikasi, Alan Yeap berkata pendapatan tambahan kini hanya di hujung jari menerusi aplikasi SembangChat.

"Antara kaedah-kaedah yang boleh menjana pendapatan di dalam aplikasi SembangChat ialah dengan memperkenalkan kepada rakan anda aplikasi SembangChat, memuat turun permainan yang disediakan dan berkongsi iklan tajaan.

"Ini menjadikan SembangChat sebagai aplikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pendapatan tambahan melalui 'S-Coint' dan ia boleh ditunaikan ke akaun bank pengguna," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata aplikasi SembangChat turut menyediakan ruangan Merchant yang membolehkan pemilik perniagaan menggunakan akaun perniagaan mereka untuk pengiklanan yang akan dipaparkan pada semua 'Timeline' pengguna SembangChat.

"Ia adalah alternatif untuk menggantikan cara pemasaran online lain yang mahal, oleh itu SembangChat boleh menjadi alternatif pengiklanan bagi mengurangkan kos," katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa aplikasi SembangChat juga menawarkan Akaun Penyiaran kepada agensi kerajaan dan sumber berita Malaysia dalam penyebaran berita terkini dan maklumat penting kepada pengguna.

"Aplikasi SembangChat bakal memperkenalkan 'Push notification' atau isyarat kecemasan jika Malaysia mengalami bencana alam dan saat kecemasan seperti banjir dan gempa bumi," katanya.

Pengarah Urusan Teknik Padu Ir. Mohd. Noor Mohamed berkata kerjasama antara dua syarikat yang menghasilkan aplikasi SembangChat ini bakal mencetuskan fenomena pada masa depan.

"Kami berharap kerjasama strategik ini bakal mencetuskan fenomena aplikasi paling interaktif di dunia pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, SembangChat turut menghargai penglibatan barisan selebriti terkenal tanah air iaitu Thanuja, Amyra Rosly, Izzue Islam, Ariz Forteen, Ammar Baharin dan juga Zoey Rahman dalam kerjasama pembikinan stiker 'emoticon' eksklusif. -Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.