Header Ads

Tembak jet Rusia: Turki tidak akan minta maaf - Erdogan

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata bahawa pihaknya tidak akan meminta maaf berkaitan insiden tembakan pesawat Rusia Sukhoi 24, pada Selasa lalu.

[ads-post]Dalam wawancara dengan CNN di Ankara, pada Khamis lalu, Erdogan menegaskan bahawa negaranya tidak akan meminta maaf setelah menjatuhkan pesawat pejuang Rusia. Erdogan menegaskan bahawa pesawat pejuang Rusia tersebut telah melanggar kedaulatan udara Turki berhampiran sempadan dengan Syria.

"Saya fikir jika ada pihak yang perlu meminta maaf, itu bukanlah kami. Mereka yang melanggar wilayah udara kami adalah pihak yang perlu meminta maaf. Pilot kami serta angkatan bersenjata kami hanya melakukan tugas mereka. Ia termasuk bertindak balas terhadap adanya pencabulan wilayah. Saya fikir inilah pokok permasalahannya, "tegas Erdogan kepada CNN.

Sebelum itu Turki telah mengeluarkan satu rakaman suara di mana pesawat Sukhoi 24 milik Rusia telah berkali-kali diberi amaran. Pesawat tersebut diminta untuk mengubah arah ke Selatan kerana telah melanggar wilayah udara Turki.

Kerana tidak menghirau amaran yang diberi, akhirnya dua pesawat Su-24 itu ditembak jatuh pesawat F-16 Tentera Udara Turki.
Dikuasakan oleh Blogger.