Header Ads

Terkejut tiba-tiba RM342k dalam akaun peribadi

Riyadh: Seorang lelaki di Arab Saudi terkejut selepas mendapati wang sebanyak 303,000 riyal Saudi (kira-kira RM342, 044) dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya.

[ads-post]Enggan menggunakan wang berkenaan, lelaki tersebut kemudiannya menelefon pihak bank untuk mengetahui individu yang memasukkan wang berkenaan ke dalam akaunnya.

Namun anehnya menurut lelaki itu, dia kemudian diberitahu oleh pihak bank tersebut bahawa tiada sebarang kesilapan terhadap transaksi berkenaan.

Walau bagaimanapun, dia yang masih tidak berpuas hati bertemu dengan pengurus bank tersebut yang terletak di pelabuhan timur Damman untuk mengenal pasti individu yang memasukkan wang berkenaan.

“Selepas diteliti, pihak bank mendapati, kakitangan bank berkenaan telah melakukan kesilapan mendepositkan wang tersebut ke akaunnya yang sepatutnya dimasukkan ke pemilik akaun yang lain,” katanya. –Agensi
Dikuasakan oleh Blogger.