Header Ads

Turki siar rakaman amaran kepada juruterbang jet Rusia

Kerajaan Turki mengeluarkan rakaman suara berkaitan insiden tembakan pesawat Rusia, pada Khamis lepas. Dalam rakaman suara tersebut terdengar amaran dari pihak tentera Turki kepada juruterbang pesawat Rusia yang akhirnya ditembak jatuh di sempadan dengan Syria.

[ads-post]Rakaman yang berjaya diperolehi agensi berita, The Associated Press menunjukkan bahawa pesawat Rusia telah diberi amaran beberapa kali. Amaran berkenaan memberitahu bahawa pesawat Rusia telah melanggar ruang udara Turki dan diminta untuk mengubah arah mereka.

Turki menembak jatuh pesawat pengebom Sukhoi Su-24, pada Selasa lalu. Pihak Turki menegaskan bahawa pesawat itu melanggar wilayah udara mereka walaupun telah memberi amaran beberapa kali.

Menurut juruterbang Rusia yang terselamat, pesawat yang dipandunya tidak memasuki ruang udara Turki. Juruterbang itu juga menafikan dakwaan bahawa pihak Turki telah memberikan beberapa kali amaran kepada pesawat.

10 rakaman suara yang dilaporkan oleh pejabat Perdana Menteri Turki, pada Khamis dan rakaman suara itu diperoleh dari Tentera Udara Turki.

Dalam rakaman suara terdengar suara dalam Bahasa Inggeris yang tersekat-sekat: "Ini adalah Pusat Kawalan Tentera Udara Turki. Anda memasuki ruang udara Turki. Ubahlah arah anda ke Selatan dengan segera," demikian suara dalam rakaman.

Sebahagian besar suara dalam rakaman terdengar tidak jelas dan sukar difahami. Tapi nada suara dalam rakaman terdengar semakin meninggi saat amaran yang diutarakan seperti tidak dihiraukan pesawat Rusia.
Dikuasakan oleh Blogger.