Header Ads

Weboost signal capai rangkaian telefon bimbit masuki pasaran Malaysia

Wilson Electronic LLC atau lebih di kenali Weboost Malaysia merupakan syarikat terunggul menguasai sistem penambah baik rangkaian telefon bimbit sejak dari 1980 di Amerika Syarikat (AS).

Kini Weboost memasuki pasaran Malaysia bagi membantu mencapai rangkaian talian telefon bimbit pada tahap lebih baik.

Produk Weboost berada di Malaysia mempunyai dua jenis penyelenggaraan berbeza iaitu untuk kegunaan dalam bangunan dan juga dalam kenderaan.

Pengurus Operasi Malaysia, Syazana Tajuddin menyatakan ia akan memperluaskan lagi pasaran di seluruh Malaysia dan juga di Asia.Dengan slogan 'Stay Connected' jelas menunjukkan Weboost memberi jaminan produk mereka adalah antara terbaik di abad ini.

“Telefon bimbit adalah bahagian penting, bergantung kepadanya untuk bercakap dengan keluarga dan rakan-rakan, dan berkongsi dan menerima.

Penggalak isyarat Weboost mudah alih adalah penyelesaian berkesan untuk di seluruh persekitaran untuk mendapat isyarat signal yang kuat.

“Setiap penggalak isyarat berfungsi untuk semua peranti mudah alih dan menyokong sambungan serentak dengan pelbagai syarikat telco di Malaysia,” katanya.

Penggalak isyarat mudah alih Weboost adalah penyelesaian berkesan untuk penghantaran isyarat signal kuat di kawasan-kawasan yang mengalami masalah signal lemah.

“Kebanyakan kawasan di lain-lain negeri masih mengalami kadar signal yang lemah. Kawasan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur juga mengalami masalah gangguan signal berikutan signal terhalang akibat bangunan tinggi menghalang bangunan yang lain.

Produk Weboost ini boleh digunakan dengan konsisten dalam kenderaan, pejabat mahupun di rumah.

“Anda akan mencapai kelajuan data lebih konsisten dan komunikasi tanpa halangan di jalan raya dengan penggunaan produk Weboost.

Produk Weboost mempunyai dua produk yang berbeza iaitu ‘Connect 3G’ untuk kegunaan di dalam bangunan dan juga ‘Drive 3G-s’ untuk kegunaan di dalam kenderaan.

Dilancarkan di Malaysia pada Disember 2014 dan kini mendapat sambutan menggalakkan. Penggunaan band yang bersesuaian di Malaysia menyebabkan Weboost menjadi alat bantuan kepada pengguna di Malaysia yang memerlukan kelancaran akses talian telefon bimbit tanpa mengalami gangguan.

Produk direka khas dari AS berkualiti dan dijamin kesahihannya setelah mendapat kelulusan Sirim Malaysia.

sumber

Dikuasakan oleh Blogger.