Header Ads

Banjir di Perak, jumlah mangsa meningkat

Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 62 orang daripada 15 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 52 orang daripada 12 keluarga petang semalam.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak, Datuk Yahya Madif, berkata jumlah mangsa di Kampung Lorong Mesra di Changkat Jong, Teluk Intan meningkat seramai 42 orang daripada 10 keluarga berbanding 36 orang daripada lapan keluarga petang semalam.

[ads-post]"Semua mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu di Kampung Padang Serai, Batu Hampar, Beruas, sebanyak 20 orang daripada lima keluarga masih ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Radhuaniah, katanya.

Beliau berkata petang tadi hanya 16 orang daripada empat keluarga yang ditempatkan di sekolah berkenaan.

Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.