Header Ads

[VIDEO] Empat maut Taufan Melor landa Filipina

Sekurang-kurangnya empat orang maut, manakala jutaan yang lain terputus bekalan kuasa selepas Taufan Melor membawa hujan lebat dan angin kencang membadai kawasan tengah Filipina, semalam.

Pegawai bencana Jonathan Baldo memberitahu, seorang penduduk meninggal dunia akibat hiportemia dan tiga lagi dari bandar Catarman, dekat utara wilayah Samar terbunuh kerana lemas dan terkena serpihan objek keras yang melayang.

[ads-post]
Difahamkan, Melor mula membadai semenanjung Bicol dengan jumlah penduduk 5.4 juta orang sebelum melanda Pulau Romblon pagi semalam.

Menurut peramal cuaca kerajaan negeri, Aldczar Aurelio, tiupan angin beransur lemah pada kelajuan 170 kilometer sejam (km/j) berbanding 185 km/j kelmarin, dan dijangka terus perlahan kerana ia menuju ke pulau Mindoro dan seterusnya Laut China Selatan.

Setakat ini, angka sebenar kematian tidak dapat dipastikan kerana pihak berkuasa belum berhubung dengan beberapa kawasan yang terjejas teruk.

Bagaimanapun, lebih 720,000 penduduk telah dipindahkan ke kawasan lebih selamat sejak awal minggu ini, lapor AFP.
Dikuasakan oleh Blogger.