Header Ads

Gambia diisytihar republik Islam

Presiden Gambia, Yahya Jammeh, semalam, mengisytiharkan negara bekas sekular itu sebagai republik Islam.

Beliau berkata, langkah itu sebagai sebahagian daripada usaha mewujudkan jurang negara Afrika Barat itu dengan era kolonialnya.

[ads-post]"Sejajar dengan nilai dan identiti negara, saya mengisytiharkan Gambia sebagai sebuah negara Islam. Keputusan ini adalah muktamad.

"Pengumuman ini tidak bermakna kod etika pemakaian dikuatkuasakan serta merta," katanya.

Katanya, penduduk yang menganut agama selain Islam masih bebas meneruskan agama masing-masing. -Reuters

sumber sinar harian
Dikuasakan oleh Blogger.