Header Ads

Hutang negara kini RM623.3 bilion - Timb. Menteri

Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan setakat 30 September 2015, berjumlah RM623.3 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani.

[ads-post]"Daripada jumlah berkenaan 96.4 peratus atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, sementara baki RM22.2 bilion atau 3.6 peratus adalah pinjaman luar pesisir dalam pelbagai denominasi mata wang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai jumlah hutang Kerajaan Persekutuan. -Bernama

sumber sinar harian
Dikuasakan oleh Blogger.