Header Ads

Jangan samakan Hamas dengan pelampau IS - Khalid Meshaal

Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Meshaal. | foto Reuters
Hamas tidak merestui kumpulan militan IS, juga dikenali sebagai Daesh, serta tindakan ekstremisnya, kata Ketua Biro Politik pergerakan pejuang Palestin itu, Khalid Meshaal.

[ads-post]Sambil meminta agar Hamas tidak disamakan dengan IS, Meshaal berkata perjuangan rakyat Palestin berbeza sepenuhnya daripada agenda kumpulan pelampau itu.

“Ada perbezaan besar antara keganasan dengan perjuangan. Keganasan yang melibatkan pembunuhan secara membuta tuli, tanpa mengira keimanan seseorang, adalah berbeza sepenuhnya dengan perjuangan di Palestin.

“Keganasan seperti itu perlu dikutuk dan kami tidak menerimanya. Kami menganggap perjuangan di tanah air kami sebagai hak semula jadi rakyat kami,” katanya selepas menyampaikan ceramah dalam siri syarahan Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), di ibunegara pada Jumaat lepas.-therakyatpost
Dikuasakan oleh Blogger.