Header Ads

Kalang Tie, Amiridzwan Taj dan Yong sah milik Terengganu FA musim 2016

Terengganu hari ini mengumumkan tiga orang pemain yang akan menyertai skuad mereka dalam saingan Liga Malaysia 2016 nanti. Dalam satu majlis yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Joseph Kalang Tie, Amiridzwan Taj dan Yong Kuong Yong menandatangani kontrak masing-masing dengan disaksikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Marzuki Sulong dan Setiausaha Agung, Arpin Draman.

[ads-post]Joseph yang menjadi ketua pasukan Sarawak di musim 2015 ini, kembali menyertai pasukan yang pernah diwakilinya selama tiga musim dari 2010 hingga ke 2012 dan menyaksikan beliau berjaya memenangi medal pemenang Piala FA di musim 2011.

Amiridzwan Taj pula menyertai Terengganu selepas beraksi untuk dua pasukan di musim 2015 iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari awal musim namun berpindah ke negeri kelahirannya ketika jendela perpindahan bulan April dibuka. Satu wajah yang biasa dilihat dalam skuad Terengganu nanti sudah tentu Norshahrul Idlan Talaha yang turut meninggalkan ATM dalam bulan yang sama.

Kuong Yong pula beraksi dalam Liga Premier bersama Pulau Pinang dan persembahan beliau sepanjang musim 2015 dan turut dipanggil ke skuad kebangsaan untuk beberapa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di bawah Dollah Salleh. -TFA
Dikuasakan oleh Blogger.