Header Ads

Kedah bawa pulang bekalan 2 gol

Dua import yang menjaringkan dua gol pasukan Kedah untuk bekalan selesa di Alor Setar.
Biarpun terikat 2-2 dengan FELDA United FC pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, namun ia satu keputusan menggembirakan buat Kedah bagi menghadapi aksi timbal balik di Stadium Darul Aman, Ahad ini.

[ads-post]Pemangku jurulatih Kedah, Ramon Marcote Pequeno berkata semangat juang yang dipamerkan anak buahnya harus mendapat pujian terutama apabila berjaya bangkit dua kali dari ketinggalan.

"Saya sangat gembira dengan persembahan semua pemain. Saya percaya seluruh pasukan dan penyokong turut puas dengan apa yang dipamerkan mereka.

"Ia bukan satu tugas mudah berdepan FELDA United yang memiliki kekuatan tersendiri. Apapun pemain saya tetap beraksi dengan baik.

"Dua kali ketinggalan tetapi mereka tetap berjuang dan mencari gol penyamaan. Malah, usaha itu berhasil dan ia satu perlawanan yang hebat berdepan FELDA United," katanya selepas perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan kelebihan kini memihak kepada Kedah untuk mara ke final dengan bekalan dua jaringan di tempat lawan dimiliki mereka menjelang pertemuan separuh akhir kedua nanti.

Kali terakhir Kedah muncul juara Piala Malaysia pada tahun 2008 selepas menang 3-2 ke atas Selangor.

sumber berita harian
Dikuasakan oleh Blogger.