Header Ads

Kenali siapa Dr Mujahid Rawa

Beliau adalah anak bekas presiden PAS ke empat, Almarhum Tuan Guru Haji Yusof Rawa. Beliau pernah menjadi pimpinan PAS pusat dan banyak mengeluarkan pendapat aneh yang bercanggah dengan pandangan alim ulama. Setelah tewas dalam pemilihan muktamar PAS, kini beliau bersama rakan-rakan yang tewas lain menubuhkan Parti Pan dan dilantik sebagai Naib Presiden parti itu.

Beberapa peristiwa yang wajar diketahui untuk mengenali beliau:

1. Dalam buku menuju PAS baru, Dr Mujahid cipta teori lekuk S, menyatakan ini bukan lagi zaman Ulama. Zaman kepimpinan Ulama dalam PAS telah berakhir dan mereka perlu memberi laluan kepada golongan beraliran lain pula.

[ads-post]Ironinya, ketika pencalonan pemilihan PAS pusat, dia pilih Ustaz Ahmad Awang jadi calon Presiden. Bukankah Pan menggolongkan beliau dikalangan Ulama? Dr Mujahid sendiri tak percaya pada teori beliau.

2. Semasa perjumpaan Dr Mujahid dengan pihak gereja 28 Februari 2014, beliau telah menyatakan tiada agama boleh mendakwa mereka yang paling benar.

Sebagaimana laporan TMI:
"Mujahid berkata tidak siapa yang boleh mengaku agama yang dianuti lebih daripada agama orang lain. Katanya memadai manusia hidup sebagai hamba Tuhan yang baik menerima dan mengiktiraf perbezaan dan menyerahkan kepada Tuhan dalam membuat keputusan tentangnya. Tambahnya seseorang itu tidak boleh mempersoalkan dewa agama lain atau kepercayaan yang dianggap syirik oleh agamanya. Tuhan mengarahkan bahawa tidak sesiap pun dibenarkan menghina dewa agama lain, ada sebab mengapa Tuhan mengatakan sesuatu, renungkanlah"

3. Pada 6 November 2014, Dr mujahid bersama Khalid Samad dan Dr Siti Mariah (kini semua pemimpin Pan) membuat pertemuan dengan NGO SIS. Mereka kemudiannya mengeluarkan kenyataan mempertahankan SIS yang difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Selangor kerana membawa ajaran Liberalisme dan Pluralisme. Khalid Samad turut mempertikaikan kenyataan Pemuda PAS yang menyatakan SIS sebagai ekstremis agama.

4. Selepas beberapa hari kedatangan Obama ke Malaysia dan bertemu beberapa NGO pro mereka seperti SIS, IFC, IDEAS dan wakil gereja, Dr Mujahid mengeluarkan kenyataan gerakan Islam di Malaysia ini mirip kepada IS. Sebelum ini Amerika menjadi pihak utama yang menggunakan IS untuk memburukkan wajah Islam, tetapi kini nampaknya kedatangan Obama bagai melepaskan baton untuk Dr Mujahid pula.

5. Beliau salah seorang wakil rakyat PAS yang melafazkan baiah sebelum dicalonkan mewakili PAS. Antara kandungan baiah tersebut, sekiranya beliau keluar parti, maka beliau perlu serahkan kerusi tersebut kembali. Jika beliau melanggar perjanjian baiah ini, beliau sanggup untuk dilaknat oleh sekalian pelaknat.

Tetapi selepas memenangi kerusi tersebut, beliau bertindak keluar PAS dan tidak menyerahkan kembali mandat kepada rakyat. Apabila ditanya, beliau menyatakan baiah ini adalah sikap yang ekstrim dalam agama dan sesuatu yang tidak wajar. Padahal semasa beliau melafaz baiah dulu, tidak timbul pula soal ini? Dasar pragmatis!

Alang Ibn Shukrimun
Dikuasakan oleh Blogger.