Header Ads

Kia Rio Sedan sasar golongan muda

Sempena dengan NST-MAI ASEAN Auto Show 2015 yang sedang berlangsung diMines International Exhibition & Convention Centre, Naza Kia Malaysia turut mengambil kesempatan memperkenalkan Kia Rio Sedan.

Model sedan dari segmen-B ini tampil dengan identiti Kia yang tersendiri, dengan mensasarkan golongan muda untuk memilikinya.

[ads-post]Kia Rio Sedan dijanakan oleh enjin 1.4 liter yang mampu memberikan kuasa sehingga 109 PS pada 6,300 rpm dan puncak tork 137 Nm pada 4,200 rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik empat-kelajuan.

Tanpa mengenepikan aspek keselamatan, Kia Rio Sedan turut dilengkapi dengan enam beg udara, sistem keselamatan aktif termasuk Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), pengesan parkir belakang dan Bantuan Mula Mendaki (HAC) serta cakera brek hadapan dan belakang.

Tampil dengan imej yang mirip dengan model hatchback, padanan gril radiator “Tiger Nose” yang menjadi signatur Kia dengan paten geometrikal menjadikan Kia Rio Sedan ini memiliki profil yang lebih bergaya.

Ia turut dipadankan dengan lampu nyalaan siang (DRL) untuk fokus pemandangan yang lebih optima serta rim aloi yang lebih bergaya bersaiz 15-inci yang dibaluti tayar 185/55 R15.

Kia Rio Sedan berukuran 4,370 mm panjang, 1,720 mm lebar dan 1,455 mm tinggi serta jarak roda 1,525 mm. Sekali gus memberikan lebihan ruang pada bahagian kabinnya. Malah ia turut memberikan ruang storan dengan kapasiti 389 liter.

Bagi ruang kabinnya, ia turut dilengkapi dengan roda stereng telescopic dengan butang kawalan audio, Bluetooth, sistem audio bersama enam pembesar suara sertaAudio Head Unit (dengan storan memori 800 MB) sebagai radio dan pemain MP3 dengan sambungan USB, AUX dan RDS.

Tampil dengan empat pilihan warna iaitu Clear White, Bright Silver, Deep Blue dan Signal Red.

Kia Rio Sedan telah pun dibuka tempahannya di seluruh negara. Ia dijual pada harga jangkaan RM73,000 (berserta insurans & GST) yang turut didatangkan dengan waranti selama lima tahun tanpa perbatuan terhad (dengan terma & syarat yang ditetapkan). Penghantarannya akan bermula Januari ini.

Gambar lain-lain [Klik gambar untuk saiz besar]












Dikuasakan oleh Blogger.