Header Ads

Kren tumbang: Kerajaan Saudi belum tetapkan tarikh pampasan

Kerajaan Arab Saudi dilaporkan akan membuat pembayaran pampasan kepada mangsa dan waris jemaah haji yang terlibat dalam kejadian kren tumbang di Masjid al-Haram, Mekah pada 11 September lalu.

Namun menurut Tabung Haji (TH), pampasan berkenaan masih belum dibuat kerana kerajaan Arab Saudi belum lagi menetapkan tarikh pembayaran akan dibuat.

[ads-post]Dalam tragedi berkenaan, 7 jemaah rakyat Malaysia telah terkorban.

Menurut pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, proses pembayaran pampasan mungkin makan masa kerana angka mangsa yang terbabit dalam kejadian itu terlalu ramai dan melibatkan banyak negara.

“Mungkin dalam Januari ini saya akan beri kenyataan penuh berkaitan perkara (pampasan) ini,” kata Azeez.

Menurut Agensi Berita Saudi, Raja Salman memerintah supaya setiap keluarga mangsa yang terkorban dibayar SR1 juta (RM1.14 juta).

Mangsa yang cedera sehingga mengakibatkan hilang upaya kekal turut akan dibayar dengan nilai yang sama manakala bagi mangsa yang cedera akan dibayar SR0.5 juta setiap seorang.
Dikuasakan oleh Blogger.