Header Ads

Mansuhkan kumpulan G25 - Mufti Kedah

Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad hari ini menyarankan agar kumpulan bekas penjawat awam G25 dimansuhkan.

[ads-post]Ini berikutan beberapa isu yang diketengahkan kumpulan tersebut yang katanya tidak masuk akal dan bertentangan dengan agama.

Malah beliau berkata G25 juga perlu segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan erpandukan Al-Quran dan Sunnah memandangkan 'telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan hukum ALLAH SWT'.

G25 baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mahu hukuman terhadap perbuatan khalwat dimansuhkan jika dilakukan di rumah persendirian.

Menurutnya, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan ALLAH kecuali jika dilakukan di kawasan awam.

Ketika dihubungi Bernama, mufti itu berkata, walaupun ia adalah hak privasi individu, namun kesan perbuatan tersebut bukan hanya melibatkan pelakunya, malah ahli keluarga dan masyarakat.-bernama

sumber sinar harian
Dikuasakan oleh Blogger.