Header Ads

Mesti dapat undi penyokong Umno untuk ke Putrajaya

Tak faham betul saya macam mana cara mereka berfikir.

Orang melayu ini secara realitinya antara dua sahaja, tak sokong PAS, mereka sokong UMNO. Yang sokong lain lain atau memilih untuk berkecuali tidaklah ramai.

[ads-post]Sekarang kita kata nak ke Putrajaya. Nak ke Putrajaya, kita kenalah dapatkan sokongan orang melayu agar berpindah dari UMNO kepada PAS.

Walau sekalipun 80% bukan melayu sudah bergabung untuk jatuhkan BN, tetap masih akan gagal selagi orang melayu masih sokong UMNO kerana lebih separuh rakyat Malaysia adalah melayu.

Yang boleh lakukan ini adalah PAS. Maka caranya adalah PAS mesti dapatkan sokongan mereka yg dulunya adalah pengundi UMNO. Mereka ini ahli ahli UMNO yang tidak 'karat biru'.

Bagaimana nak dapatkan sokongan mereka? Mestilah dekati mereka. Bincang. Cakap dan runding baik baik. Baru orang mahu dan sudi dengar. Baru munasabah mereka sokong kita.

Ada ke patut kita nak suruh mereka sokong kita tapi tak mahu bertegur, tak boleh bercakap, tak boleh berunding, tak boleh 'settle' apa apa yg terkilan? Nak terus ajak berlawan, kata mengata?

Ada satu pihak mungkin kerana pakai formula ini maka kerja mereka asyik cari sokongan orang PAS dan PKR sahaja. Dengan orang UMNO tak boleh dekati lah katakan..

Akhirnya begitulah hasilnya, ahli mereka kalau adapun bekas ahli PAS atau PKR. Yang asalnya UMNO tak ramai.

PAS pula tiap tiap bulan hampir 10 ribu permohonan keahlian baru, dengan jumlah yang besar dari kalangan yang dulunya penyokong UMNO.

DAP dulunya bukan besar mana pun. Mereka menikmati sokongan pengundi yg dulu penyokong MCA, GERAKAN atau MIC. Tiada siapa pernah komplen pun mereka dekati dan berunding dengan orang MCA atau Gerakan. Mereka duduk semeja tak apa pula. Apa logik ke orang sokong mereka tanpa mereka pergi buat baik dan bincang baik baik?

Tapi kalau PAS mereka tuduh macam orang hilang akal.

Betullah pimpinan tertinggi DAP sekarang ini mengidap sindrom 'soviet madhouse' seperti disebut bekas pimpinan tertinggi DAP Johor.

Hj Ahmad Amzad Hashim
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
Dikuasakan oleh Blogger.