Header Ads

Muara Sungai Terengganu antara terindah di dunia, tapi...

Kuala Terengganu.
Muara Sungai Terengganu antara yg terindah di dunia sbg bandar warisan pesisir air yan berpotensi dijana kegemilangannya berasaskan kegiatan maritim.

MB yg dulu pernah menggambarkan 10 atau 20 tahun nanti kita jadi macam Manhattan di Amerika. Tapi tindakan yang dibuat macam nak sekat dari jadi negeri maju. Manhattan mungkin lambat lagi, saya tunjuk sini bandar Sydney di Australia yang lebih kurang saiz muaranya.

[ads-post]Perhatikan begitu banyak revetment atau retaining wall dibuat di dalam muara. Kedalaman sungai sentiasa dijaga.

Kerja2 ini perlukan tongkang2 besar yg mengangkut bahan binaan yg besar seperti batu batu granit. Seperti yg berlaku semasa pembinaan benteng utara dan selatan di muara Sungai Terengganu yg mana granite diangkut dari Kepulauan Karimun Indonesia. Tongkang2 ini sangat lebar.

Mustahil kerja begini benarkan batu dibawa melalui jalan darat.

Dengan bentuk dan lebar laluan antara tiang tiang utama drawbridge, kelihatannya mustahil dapat masuk ke muara.

Sydney, Australia.
Dari imej yang ada kita tahu mendapan pasir sedang meningkat dengan ketara di muara khususnya disekitar dimana kerajaan lakukan tebus guna. Sungai menjadi cetek.

Aduan semakin banyak dari tekong bot bot ikan yang berpangkalan di Pulau Kambing.

Boleh dijangka satu hari nanti kerajaan tak akan dapat mengelak dari mengorek kembali muara sungai.

Soalan cepu emasnya adalah kapal korek saiz apa dan jenis macamana yang boleh masuk ke muara untuk buat kerja dengan cepat. Betul ada kapal korek saiz yg kecil. Tapi mendapan yg ada tidak kelihatan seperti masalah kecil yang kerjanya kecil.

Lebih lebih lagi dengan pulau jadi jadian yg semakin membesar di tengah sungai berdekatan jeti perikanan. Ia bagai salur darah kita di salut kolestrol tebal didinding dalamnya dan tersangkut gumpalan darah di tengah tengahnya yg menghalang pengaliran darah dalam badan hingga tubuh badan sakit dan lemah.

Kerajaan kita bukan pandai sangat. Kalau pandai tak adalah perabih wang berjuta beli bot di Johor untuk letakkan di Tasik Kenyir. Sudahnya bot siap dan sampai ke muara sungai, tapi tak tahu bagaimana nak angkat supaya boleh dihantar ke Tasik Kenyir. Tersangkutlah di situ.

Orang luar datang ke Terengganu untuk buat bot. Orang Terengganu pula yg tak yakin nasihat pengusaha tempatan.

Haji Ahmad Amzad Hashim
Dikuasakan oleh Blogger.