Header Ads

Pahang gagal ambil manfaat di laman sendiri atasi Selangor

Juara bertahan Pahang gagal mencari kelebihan di halaman sendiri untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 apabila sekadar seri 0-0 dengan Selangor dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Pahang perlu menang ke atas tuan rumah di perlawanan timbal balik di Stadium Shah Alam jika mahu menyekat misi 33 Selangor untuk mara ke pentas final piala berprestij itu.

[ads-post]Selangor bermula perlawanan dengan baik namun hanya untuk 5 minit pertama apabila percubaan penyerang Brazil, Guilherme de Paula dari sudut kanan kotak penalti memaksa penjaga gol Khairul Azhan menepis bola keluar.

Penyerang Pahang, Dickson Nwakaeme dilihat terbabit dalam beberapa konfrontasi bersama pengadil serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemain tengah Selangor, Leandro dos Santos sebelum dilayangkan kad kuning pertama beberapa minit kemudian.

Keadaan padang yang lembap dilihat menggangu pergerakan Selangor dan ia membenarkan Hafiz Kamal melepaskan rembatan kencang yang hanya mampu menggegarkan tiang gol pada minit ke-40

Bersambung babak kedua, tandukan Azamuddin Akil gagal menepati sasaran dan ia diikuti percubaan kotak penalti daripada penyerang Matias Conti yang gagal membuka tirai jaringan.

Benteng pertahanan Selangor hilang fokus buat sementara ketika membenarkan Conti mendapat tandukan percuma dalam kotak penalti menerusi sepakan sudut namun ia juga tidak membuahkan hasil buat pasukannya.

Skuad Tok Gajah hampir memecah kebuntuan apabila pergerakan Dickson membuka ruang untuk Zesh Rahman melepaskan rembatan lengkung yang ditepis penjaga gol Selangor, Norazlan Razali pada minit ke-74

Norazlan muncul wira dalam detik kecemasan apabila meenyelamatkan pasukannya daripada dibolosi menerusi dua percubaan Conti dan satu percubaan 'backheel' daripada Dickson pada minit ke-82
Dalam masa tambahan, kekecohan berlaku apabila Azamudin Akil amuk melihat Norazlan berpura-pura jatuh ke rumput seolah-olahnya ditendang oleh Damian Stewart.

Pemain gantian S Veenod mendapat peluang keemasan untuk memperoleh pendahuluan lewat namun ia gagal dimanfaatkan sepenuhnya. Keputusan perlawanan kekal 0-0 pada wisel penamat.
Dikuasakan oleh Blogger.