Header Ads

PAS anjur pendekatan sejahtera, tapi kawan baik Mat Sabu...

Seingat saya malah ketika siri BERSIH (kecuali BERSIH 4.0), PAS lah yg berperanan penting memastikan perhimpunan tidak menjadi ganas. Unit AMAL PAS yang menyekat tindakan kumpulan yang mahu bawa aliran merusuh.

[ads-post]Ketika ahli ahli Parlimen pembangkang berkumpul duduk bersila di parking Parlimen berbincang nak turunkan Najib dengan disertai aktivis NGO, Hishamudin Rais dikatakan mencadangkan buat perhimpunan untuk kepung parlimen.

Semua kenal Hishamuddin bawa aliran radikal. Kita tahu dia kawan baik Mat Sabu.

Tak semena mena satu ketika kita terlibat dengan sikap berlembut dengan tokoh komunis Chin Peng yang ada pihak desak dibenarkan kembali ke Malaysia, tambah lagi bila Mat Sabu pula mulakan kontroversi Mat Indera.

Untuk seorang yang diketahui kagum dengan revolusi ala Iran, malah sampai kini ada saja lawatannya ke sana berbanding mengunjungi tokoh tokoh ulama sunni, Mat Sabu sendiri kaki membakar perasaan rakyat ke jalanraya.

Tiba tiba Mat Sabu mahu menuduh PAS bawa aliran ganas?

Bukan kah baru sahaja lagi PAS memilih pendekatan matang, cermat dan bertanggungjawab dalam membawa isu isu rakyat dengan gabungan lebih 200 NGO melalui penganjuran Kongres Rakyat yang begitu besar sambutannya dan ertinya?

Bukan PAS yang pusing satu negara ajak rakyat ke jalanraya BERSIH 4.0 yang gagal bila hanya lebarkan jurang antara kaum bila ia bertukar menjadi himpunan 93% kaum Cina semata mata. Yang menaikkan suhu antara kaum bila ada yg begitu terpengaruh dengan propaganda tertentu hingga membuat acara memijak gambar pemimpin2 utama dari umat Islam iaitu Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan DS Najib , Presiden UMNO yang perlu diakui PAS dan UMNO masing2 adalah parti yang paling besar pengaruh dikalangan orang melayu. PAS beratus kali menegaskan tiada kerjasama politik dengan UMNO. PAS yang menentang UMNO di dalam pilihanraya.

Apa reaksi DS TGHH orang pijak gambarnya? Beliau tenangkan ahli PAS. Jangan jadi ganas. "Biarlah, mereka tak tahu.."

Hari ini pun, jika berlaku sebarang kezaliman hatta kepada kaum lain, Cina atau India, saya sangat pasti, PAS lah antara yang akan mula mula tampil menjadi benteng melindungi.

Keganasan di Paris, Perancis yg dilakukan oleh ISIS, PAS lah yang mula mula mengecam. DS TGHH yang lebih dahulu menziarahi Kedutaan Perancis menyatakan dukacita dan Takziah.

Parti Mat Sabu hanya tiba selepas itu..

Betullah pendirian DS TGHH. PAS mahu bina negara yang sejahtera untuk rakyat. Jangan ambil pendekatan yang susahkan rakyat.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
Dikuasakan oleh Blogger.